Tuesday, July 20, 2010

Hello Bali. tunggu, oke.

Tiket ke Bali sudah ada.

pergi bersama lelaki yang legal untuk saya tiduri.

hahahaha

tinggal nak kemas pakaian-pakaian sexy je.

Wednesday, February 17, 2010

Bangkok

Destinasi kali ini ialah Bangkok.
Tempat tingal : Sawasdee inn (ini adalah budget hotel. tempat yang selesa dan dibawahny hari-hari ada mcm uptown. sesiapa yang teringin nak buat dreadlock, hanya 40 ringgit sahaja)
pengangkutan udara : Air Asia.





// Gambar dibawah langsung tidak mengikut susunan. harap maaf.



ini ialah ikan patin. semasa pertama kali kami menaiki bot panjang (yang membuatkan saya loya dan pegang plastik untuk langkah berjaga-jaga) di Chao praya river,ikan patin ini telah menarik perhatian kami. mereka makan roti dan mereka sangat peramah. // di sini tidak dibenarkan memancing.

Sepanjang perairan Chaopraya

Menunggu hampir setengah jam di jeti. ikan duyung sudah jadi batu.


Kaosan Road. anda pasti akan berjumpa ramai peniaga yang begini. mereka akan bermain alat muzik bentuk katak yang diperbuat dari kayu. dan itu agak menyeramkan saya sebenarnya.


Sudah lapar? mari makan. Tomyam atau dalam sebutan di bangkok "tum yam" dalam bunyi yang sedikit sengau. selamat mencuba. fantastik.




Chatuchak. tak puas jalan sini. boleh habis separuh hari hanya pusing-pusing separuh Chatuchak
Gambar diatas adalah untuk festival hari kekasih.
meleleh air liur weh.

Dari atas MBK Mall. Jalan sentiasa dihiasi dengan texi yang warna yang cantik-cantik






(Gambar dibawah adalah pelajar-pelajar dari jurusan seni. mungkin seni lakonan)



Siam Paragon super duper cool


Ini masa sedang menunggu Bot untuk berjalan-jalan. ke siam paragon agaknya.





asikrim yang murah plus plus sedap

sempat juga kami menontong wayang. 1 tiker beharga 160 baht. itu yang paling murah oke. tapi tak kisah la, seat yang best sampai saya tertidur.




(last day)

Di tokong (tempat suci bagi yang beragama budha) kami tak berani nak huhahuha. jadi, semua sopan-sopan. berdiri tegak dan rapat-rapat.
:D